Makanan Hantaran Dalam Perkahwian Melayu Kelantan: Adat dan Interpretasi

  • Aishah@Eshah Hj Mohamed
  • Sulong Mohamad
  • Haziyah Hussain
N/ACitations
Citations of this article
44Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dalam perkahwinan Melayu Kelantan, adat menuntut supaya pengantin lelaki dan wanita bertukar- tukar pemberian pada hari perkahwinan. Pemberian ini dinamakan hantaran dan selalunya dalam bentuk barang keperluan peribadi kedua-dua pengantin (seperti baju, alat persolekan, barang kemas) dan makanan. Makalah ini meninjau perkara yang bersangkutan dengan adat dan makna makanan hantaran dalam upacara perkahwinan Melayu Kelantan dengan memberi perhatian kepada tingkah laku dan item-item simbolik yang berkaitan dengan makanan. Perbincangan ini diasaskan kepada kajian yang dilakukan di Kelantan. Orang Melayu Kelantan masih mengamalkan adat memberi makanan sebagai sebahagian daripada bahan hantaran perkahwinan mereka. Jumlah bahan hantaran ini mestilah dalam angka ganjil. Makanan yang menjadi hantaran terdiri daripada nasi pulut dan telur semangat, sirih junjung, buah-buahan, kueh muih dan lauk paut (hanya daripada pihak pengantin perempuan). Makanan itu diletakkan di atas pahar (iaitu talam berkaki yang dibuat daripada gangsa atau tembaga) dan dihias cantik mengikut kemampuan keluarga pengatin. Kepentingan dan makna makanan hantaran ini dibincangkan dengan detail dalam artikel ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Aishah@Eshah Hj Mohamed, Sulong Mohamad, & Haziyah Hussain. (2010). Makanan Hantaran Dalam Perkahwian Melayu Kelantan: Adat dan Interpretasi. Jurnal E-Bangi, 5(1), 103–115. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/1613/1/esah010.pdf

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free