Institusi Wakaf dan Pembangunan Ekonomi Negara : Kes Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia

  • Ahmad S
  • Muhamed N
N/ACitations
Citations of this article
221Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Malaysia mempunyai harta wakaf yang banyak terutamanya tanah dan sekiranya dibangunkan maka ia pasti dapat memberi sumbangan yang positif kepada pembangunan ekonomi umat Islam. Namun, kekurangan dana merupakan satu kekangan utama bagi tujuan pembangunan harta wakaf. Menyedari potensi yang ada maka strategi khusus perlu dibina bagi meningkatkan peranan harta wakaf dalam proses pembangunan. Kajian ini bertujuan menyelidiki apakah langkah yang dilakukan dan dana yang telah disediakan bagi menggerakkan pembangunan tanah wakaf dan seterusnya menilai potensi sumbangannya kepada pembangunan ekonomi umat Islam. Kajian dilakukanan secara diskriptif berdasarkan amalan JAWHAR dan MAIN sebagai dua institusi berwajib mengurus harta wakaf. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dana wakaf telah disediakan dan pengurusan dana ini dilakukan secara professional dan terdapat juga beberapa peruntukah khas untuk wakaf dalam RMK-9, RMK-10 dan bujet 2010. Program khusus seperti pembangunan bazar wakaf untuk rakyat juga telah dilaksanakan bagi memastikan peranan positif institusi wakaf dalam pembangunan ekonomi. Implikasi penting kajian ialah institusi wakaf kini telah diakui kepentingannya dan peruntukan khusus perlu terus dipertingkatkan dari masa kesemasa bagi memastikan peranannya dalam pembangunan ekonomi negara khususnya pembangunan ekonomi umat Islam. Kata

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad, S., & Muhamed, N. D. (2011). Institusi Wakaf dan Pembangunan Ekonomi Negara : Kes Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI (PERKEM VI), 1, 138–147.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free