Keperluan Latihan Dan Pendidikan Berterusan Ke Arah Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Nilai Islam Di Malaysia

  • Tunggak B
  • Salamon H
  • Abu B
N/ACitations
Citations of this article
225Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Aspek yang perlu diberi tumpuan dalam usaha mendidik dan membangun usahawan bumiputera Muslim, antaranya ialah sikap usahawan, kemahiran mengurus dan program pendidikan dan latihan yang berterusan. Kegagalan dalam tiga aspek ini akan menghalang daya tahan dan daya saing usahawan bumiputera Muslim berbanding usahawan bangsa lain. Usaha melahirkan usahawan yang menghayati nilai dan etika Islam dilihat semakin mendesak memandangkan keperluan serta cabaran mendatang dan persaingan yang ada. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan pendidikan berterusan dalam memantapkan budaya niaga dan pembangunan keusahawanan Bumiputera Muslim PKS. Data kajian diperolehi melalui borang soal selidik dan temu bual bersama usahawan PKS yang menerima pembiayaan MARA di negeri Johor. Rresponden lain yang terlibat adalah usahawan Bumiputera PKS yang bukan penerima pembiayaan MARA, Pegawai MARA daerah yang mengelolakan pembiayaan, program latihan dan pembangunan serta usahawan Bumiputera yang berjaya. Dapatan kajian menunjukkan faktor kritikal kelemahan usahawan bumiputera adalah dipengaruhi oleh latar belakang dan pengalaman individu, sikap, nilai dan etika keusahawanan, pengetahuan dan kemahiran pengurusan, program pendidikan dan pembangunan keusahawanan dan desakan ‘birokrasi’ dan persekitaran. Kajian ini juga mengemukakan satu model pendidikan, latihan dan pembangunan usahawan Bumiputera Muslim berteraskan nilai dan etika Islam. Kata kunci: Pembelajaran sepanjang hayat; keusahawanan; Bumiputera Muslim; perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Aspects need to focus in educating and developing Muslim bumiputera entrepreneurs, among others are their attitudes, management skills and continuous education and training programs. Neglecting these three aspects could jeopardise sustainability of Muslim bumiputera entrepreneur as compared to entrepreneur of other races. Simultaneously efforts of inculcating Muslim bumiputera entrepreneur with Islamic business ethics are timely as to make them stay competitive in facing with the current business challenge. Thus this study is to identify the need of continuous education program in strengthening praise able business culture in developing SME Muslim bumiputera entrepreneurs. The data in this study are obtained through interviewing and circulating a set of questionnaire to SME bumiputera entrepreneurs who received sponsor from MARA in the state of Johor as well as those whom do not receive sponsor from MARA. Besides, few official from MARA who are responsible on handling the loan and training were also selected as respondents in this research. The finding of the research shows that critical factors that contribute to the weaknesses of bumiputera entrepreneurs are their background, experience, ethic value and attitude towards entrepreneurship, knowledge and management skill, education and entrepreneur’s development program and bureaucracy. This study proposed a model of education, entrepreneur training and development program base on Islamic values and ethics. Key words: Life long learning; entrepreneurship; Muslim bumiputera; small and medium enterprise (SME)

Cite

CITATION STYLE

APA

Tunggak, B., Salamon, H., & Abu, B. (2011). Keperluan Latihan Dan Pendidikan Berterusan Ke Arah Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Nilai Islam Di Malaysia. Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v55.84

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free