Masalah dan cabaran tanah adat Minang di dunia Melayu Malaysia dan Indonesia

  • Abdul Manaf A
  • Sulehan J
ISSN: 2180-2491
N/ACitations
Citations of this article
68Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penelitian terhadap dunia Melayu Malaysia-Indonesia juga terkait dengan peruntukan tanah yang menjadi identiti masyarakat Minang dikedua-dua buah negara. Justeru itu, kertas ini membincangkan persoalan yang menyentuh perihal peruntukan formal dan informal tanah adat dikedua-dua buah negara dengan merujuk khusus kepada peruntukan tanah adat yang diamalkan oleh masyarakat Minang di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Malaysia dan di Batu Sangkar di Sumatera Barat, Indonesia. Perincian terhadap situasi di Indonesia menunjukkan bahawa isu pemberian surat milikan tanah adat menyebabkan tanah adat berhadapan dengan cabaran perlucutan pemilikan tanah adat. Perincian terhadap situasi di Malaysia pula menonjolkan isu betapa peruntukan mengekang tanah adat daripada dijual mahupun disewa ditambah dengan jumlah pemilikan yang ramai telah menyebabkan tanah adat di Malaysia menjadi tanah yang tidak diusahakan dan terbiar. Kesimpulannya, kertas ini mencadangkan agar Malaysia dan Indonesia menjalin kerjasama bagi memikirkan cara-cara menangani isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh tanah adat/ulayat di kedua-dua negara ini demi mempertahankan kesinambungan dunia Melayu.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Manaf, A., & Sulehan, J. (2009). Masalah dan cabaran tanah adat Minang di dunia Melayu Malaysia dan Indonesia. Geografia - Malaysian Journal of Society and Space, 5(1), 69–78. Retrieved from http://www.ukm.my/geografia

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free