Peranan dan Sumbangan Institusi Masjid dalam Pembangunan Masyarakat Melayu-Islam di Singapura: Satu Kajian di Masjid Assyafaah, Sembawang

  • Ezad Azraai Jamsari
  • Siti Noorasikin Tumiran
  • Kaseh Abu Bakar
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
191Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Institusi masjid di Singapura masa kini semakin menjadi tumpuan masyarakat Melayu-Islam Singapura dalam menjalankan pelbagai aktiviti bukan hanya setakat aktiviti ibadah seperti bersolat, mengaji al-Qur’an dan berceramah. Bahkan institusi ini turut menjadi tempat untuk masyarakat Melayu-Islam menjalankan aktiviti sosial seperti pembangunan ummah, pembelajaran, riadah dan perbincangan. Sehubungan dengan itu, Masjid Assyafaah ialah antara masjid yang aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti bersifat ukhrawi dan duniawi. Masjid tersebut telah menjadi masjid contoh yang penting dalam membangunkan masyarakat Melayu-Islam di sekitar Sembawang khususnya dan masyarakat Islam Singapura amnya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh Masjid Assyafaah terhadap pembangunan masyarakat Melayu- Islam Sembawang, Singapura. Selain itu, ia bertujuan untuk meneroka sumbangan yang diberikan oleh Masjid Assyafaah kepada masyarakat Melayu-Islam Sembawang, Singapura. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif, menerusi instrumen kajian kepustakaan, analisis dokumen, temu bual dan observasi. Kajian ini menghujahkan bahawa Masjid Assyafaah berjaya membangunkan sahsiah masyarakat Melayu-Islam Singapura terutamanya di sekitar Sembawang dan kawasan kelilingnya. Selain itu, masyarakat Melayu-Islam tersebut mula sedar, mereka perlu mengimarahkan masjid dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Aktiviti sebegini sahajalah yang dapat mengembang dan mengekalkan survival Islam di Singapura di samping dapat mendekatkan lagi Islam kepada masyarakat Melayu-Islam Singapura.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ezad Azraai Jamsari, Siti Noorasikin Tumiran, Kaseh Abu Bakar, & Zamri Arifin. (2010). Peranan dan Sumbangan Institusi Masjid dalam Pembangunan Masyarakat Melayu-Islam di Singapura: Satu Kajian di Masjid Assyafaah, Sembawang. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 31–44. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/781/

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free