PERANAN HARTA WAKAF DALAM BIDANG PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN UMMAH: FOKUS DALAM BIDANG PERUBATAN

  • Norsiah Bt. Sulaiman
  • Farahdina Bt. Abdul Manaf
N/ACitations
Citations of this article
36Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Islam merupakan cara hidup yang bersifat syumul dan kamil. Manakala pengabdian merupakan fungsi manusia diciptakan oleh Allah S.W.T. Ubudiyyah dalam Islam tidak hanya dilihat dari sudut yang khusus, malah seluruh aktiviti kehidupan insan tidak terlepas daripada pengertian ini. Melalui wahyu pertama, pengenalan terhadap Allah S.W.T. disertakan dengan isyarat pengisian ilmu supaya matlamat penciptaan itu membentuk manusia supaya tunduk dan menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. Artikel ini akan cuba mengungkap secara ringkas hasil mahsul negara Islam secara umum, termasuk harta wakaf yang merupakan sebahagian daripada sumber pembiayaan pembangunan terutama dalam bidang pendidikan. Seterusnya aktiviti keilmuan akan diseleksi secara rambang mengikut perkembangan dan kejayaan negara-negara Islam di bawah pelbagai kerajaan yang ada di dalam sejarah Islam, khususnya menyentuh tentang bidang perubatan dan perkhidmatan perubatan. Kesimpulan yang diberikan adalah merupakan rumusan dan sedikit cadangan yang mungkin boleh difikirkan atau dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam masyarakat kini secara profesional dan operasional.

Cite

CITATION STYLE

APA

Norsiah Bt. Sulaiman, & Farahdina Bt. Abdul Manaf. (2019). PERANAN HARTA WAKAF DALAM BIDANG PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN UMMAH: FOKUS DALAM BIDANG PERUBATAN. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 3(1), 1–30.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free