Struktur Ruang Dan Elemen Persekitaran Rumah Melayu Tradisi Di Kelantan

  • Harun S
  • Ibrahim A
ISSN: 1098-6596
N/ACitations
Citations of this article
36Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Corak perkampungan Melayu tradisional terhasil melalui jalinan antara budaya dan alam semulajadi. Budaya mempunyai tafsiran yang luas dan bukan hanya dilihat pada perspektif adat dan tradisi masyarakat tetapi budaya yang nyata yang dizahirkan oleh masyarakat Melayu seperti kepakaran dan kesenian membina rumah. Selain rumah, masyarakat Melayu dapat menstruktur dan memilih unsur atau elemen yang melengkapkan kehidupan berumah seperti rumah bukan hanya perlu pada kelengkapan perabut dan perkakasan memasak tetapi rumah juga perlu ada kehidupan diluarnya. Maksud diluar ialah kawasan persekitaran rumah. Persekitaran rumah Melayu tradisi bagaikan ada peraturan tertentu yang tersirat. Ruang dan elemennya bagaikan diatur dan ada sebab tertentu penghuni menstrukturkannya. Penyelidikan Karektor dan Elemen Ruang Persekitaran Rumah Melayu Tradisi di Kelantan telah berjaya membina satu lagi cabang- cabang ilmu yang tersirat dalam masyarakat budaya Melayu. Melalui penyelidikan asas ini, nilai dan tradisi masyarakat telah dapat dipaparkan.Ia merupakan satu kebudayaan atau perilaku yang berlaku dalam skala geografi yang mungkin selama ini dilihat sebagai satu panorama landskap kampung sahaja. Penyelidikan ini memilih skop kawasan perkampungan darat di kawasan Lembah Kelantan. Kawasan ini mempunyai corak penempatan yang lebih bersruktur walaupun susunan rumah adalah bebas Hasil daripada kajiselidik di tapak, didapati struktur ruang persekitaran rumah Melayu tradisi di perkampungan di Kelantan terbahagi kepada dua bahagian iaitu hadapan dan belakang. Sempadan kiri dan kanan kebiasaannya ruang sempit memanjang ke belakang. Bahagian hadapan rumah dikenali sebagai halaman atau laman. Ia merupakan kawasan ruang terbuka yang tidak dihalangi pandangan daripada jalan utama. Ciri-ciri yang umum yang dapat dilihat pada halaman rumah Melayu ialah halaman tidak berumput, pokok buahan seperti rambutan atau mempelam ditanam dihalaman rumah, terdapat juga pangkin kayu tempat berehat dan telaga. Bahagian belakang rumah merupakan kawasan aktiviti penghuni dan sebahagiannya merupakan sumber ekonomi keluarga. Kawasan ini dibahagikan kepada beberapa struktur ruang iaitu kawasan kebun, kawasan dusun dan kawasan penternakan. Sumbangan penyelidikan ini dapat mengembangkan lagi ilmu berkaitan warisan tamadun Melayu yang bukan hanya dari segi seni bina tetapi cukup luas dari aspek pemilihan tapak rumah dan berkembang kepada sebuah strukturpenempatan tradisional yang mempunyai nilai dan identiti budaya yang unik dan indah.

Author supplied keywords

Cite

CITATION STYLE

APA

Harun, S. N., & Ibrahim, A. (2011). Struktur Ruang Dan Elemen Persekitaran Rumah Melayu Tradisi Di Kelantan. Journal Perspektif, 2(3), 12–26.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free