FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PEKERJA MENGIKUT PERSPEKTIF PEKERJA

  • Azman M
  • Sieng L
N/ACitations
Citations of this article
5Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Prestasi organisasi bergantung sepenuhnya kepada prestasi kerja yang ditonjolkan oleh pekerja. Kegagalan organisasi untuk mengekalkan prestasi kerja yang baik membawa kepada masalah isu kadar pusing ganti pekerja yang tinggi yang seterusnya menjejaskan produktiviti syarikat dan ekonomi negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam dan swasta di kawasan sekitar Lembah Klang. Data primer diperoleh melalui soal selidik dengan sejumlah 139 responden yang terlibat dalam kajian ini. Analisis faktor digunakan untuk menganalisis data yang sekadar diperoleh. Hasil kajian mendapati pekerja berpendapat bahawa ketiga-tiga faktor, iaitu motivasi, persekitaran tempat kerja serta latihan dan pembangunan mempengaruhi prestasi kerja. Pihak organisasi perlu mengutamakan keperluan motivasi intrinsik kepada pekerja dan menetapkan matlamat latihan yang dijalankan dengan jelas untuk meningkatkan prestasi kerja.

Cite

CITATION STYLE

APA

Azman, M., & Sieng, L. W. (2021). FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PEKERJA MENGIKUT PERSPEKTIF PEKERJA. Journal of Business Management and Accounting, 11(Number 1), 87–107. https://doi.org/10.32890//jbma2021.11.1.5

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free