Konsep kendiri ialah persepsi individu terhadap nilai dirinya. Konsep kendiri adalah istilah yang diperkenalkan oleh Barat dan dianggap sebagai pusat konsep utama dalam ilmu psikologi. Ini kerana melaluinya boleh memahami tingkah laku manusia yang menjadi matlamat utama dalam ilmu psikologi. Walaupun, konsep kendiri tidak dibincangkan secara khusus dalam Islam, namun, terdapat perbincangan secara konsep berkaitan dengannya. Oleh itu, objektif penulisan ini ialah untuk mengetahui elemen-elemen pembinaan konsep kendiri positif dari perspektif Barat dan Islam,serta mengenal pasti persamaan dan perbezaan dua perspektif ini terhadap pembinaan konsep kendiri. Hasil mendapati terdapat 3 elemen yang mempengaruhi konsep kendiri seseorang iaitu daripada (1) persepsi individu terhadap dirinya sendiri, (2) penilaian orang lain terhadap dirinya dan (3) penilaiannya terhadap persepsi orang lain kepada dirinya. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai elemen tambahan iaitu penilaian terhadap pandangan Pencipta terhadap dirinya. Kajian juga mendapati mengutamakan pandangan Allah dalam setiap perkara dengan menjauhi larangan-Nya dan melakukan suruhan-Nya mampu mengurangkan pengaruh 3 elemen tersebut.
CITATION STYLE
Abdul Jalil, S. J., Md Yusoff, Y., & Ismail, R. (2017). Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam. Journal of Usuluddin, 45(1), 1–26. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol45no1.1
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.