Analisis Terhadap Faktor-Faktor Pengaplikasian Konsep Talfiq Menurut Ulama Mu’asirin

  • Jamaludin M
  • Pauzi N
  • Syed Jaafar S
N/ACitations
Citations of this article
14Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Talfiq secara amnya merujuk kepada menghimpunkan beberapa pandangan sehingga terhasilnya satu pandangan yang tidak diakui oleh mana-mana mujtahid. Sebahagian besar fuqaha muta’akhirin menolak keras pengaplikasian konsep talfiq dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan hukum berikutan kesan-kesan negatif yang terhasil daripada konsep tersebut. Namun realiti semasa sebaliknya, keperluan kepada konsep talfiq merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan dalam pelbagai keadaan. Oleh yang demikian kajian bertujuan mengkaji faktor-faktor pengaplikasian konsep talfiq disisi ulama mu’asirin berasaskan realiti semasa. Kajian ini bersifat kualitatif data-data dikumpul melalui metode kepustakaan dan temubual. Seterusnya dianalisis melalui metode tematik. Kajian mendapati faktor-faktor yang mendorong kepada penggunaan konsep talfiq dalam pengaplikasian semasa adalah berasas namun pengaplikasiannya mestilah berpandukan dawabit hukum yang betul dalam memastikan ia tidak disalah guna sehingga terjerumus kepada tatabbu’ rukhas di dalam hukum.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jamaludin, M. H., Pauzi, N., & Syed Jaafar, S. M. J. (2022). Analisis Terhadap Faktor-Faktor Pengaplikasian Konsep Talfiq Menurut Ulama Mu’asirin. Islamiyyat, 44(1), 27–40. https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2022-4401-3

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free