Sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Terhadap Masyarakat Melayu di Malaysia dalam Menangani Isu-Isu Sosioekonomi, 1971-2000

  • Ghani S
  • Omar R
  • Mat Enh A
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
28Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Artikel ini membincangkan sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) terhadap masyarakat Melayu di Malaysia dalam menangani isu-isu sosioekonomi, 1971-2000-an. Kajian artikel ini dilakukan untuk mengisi kekurangan penulisan terhadap sumbangan badan NGO Islam bukan kerajaan yang dikenali sebagai gerakan Islam ABIM kepada masyarakat Melayu dalam menangani isu-isu sosioekonomi. Isu-isu sosioekonomi masyarakat Melayu selepas merdeka adalah sangat meruncing dan ini ditambah lagi dengan kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1970. Masyarakat Melayu masih terpinggir dari aspek sosioekonomi khususnya pendidikan Islam dan jurang pendapatan masih membimbangkan. Maka gerakan Islam ABIM bangkit membantu masyarakat Melayu dalam menangani isu-isu sosioekonomi ini. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan disiplin sejarah dengan menganalisis dokumen terhadap sumber primer seperti Laporan Tahunan ABIM, Risalah, Siaran Media, Kenyataan Akhbar, Ucapan Dasar Muktamar dan melalui temu bual. Sumber sekunder pula dikumpul daripada kajian perpustakaan berdasarkan bahan ilmiah, buku, akhbar dan data atas talian. Hasil kajian membuktikan bahawa dari aspek sosial sistem pendidikan dalam gerakan Islam ABIM berjaya memenuhi keperluan sistem pendidikan Islam kepada masyarakat Melayu selari dengan pendidikan nasional. Sistem pendidikan dalam gerakan Islam ABIM yang terancang dan tersusun memberikan kesan kepada lahirnya pendidikan diniah. Manakala dari aspek ekonomi pula gerakan Islam ABIM telah menubuhkan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) yang dapat menambah pendapatan masyarakat Melayu khususnya dalam kalangan ahli semakin meningkat.  Gerakan Islam ABIM juga secara tidak langsung dapat membantu pihak kerajaan Malaysia menyeimbangkan sosioekonomi penduduk khususnya masyarakat Melayu sehingga tahun 2000. This article discusses the contribution of Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) of the Malay community in Malaysia in addressing socio-economic issues, 1971-2000. This article studies conducted to fill the lack of movement ABIM writing contributions in addressing socio-economic issues of the community. ABIM movement arose to help the Malay community in addressing the socio-economic issues. This study uses the method of historical discipline approach by analyzing documents on primary sources such as ABIM Annual Report, Brochures, Media Releases, Press Statements, Muktamar Policy Speeches and through interviews. Secondary resources were collected from library studies based on scientific materials, books, newspapers and online data. The results prove that the social aspects of the education system in the Islamic movement ABIM successfully meet the needs of the education system to the community in line with the national education. The planned and organized education system in the ABIM Islamic movement has an impact on the birth of education today. Whereas the economic aspects of the Islamic movement ABIM also established the Cooperative Belia Islam Malaysia Berhad (IAC), which can increase the income of the community, especially among members is increasing. The Islamic movement ABIM also indirectly help the government balance the socio-economic conditions, especially the Malays until 2000.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ghani, S. R. A., Omar, R., Mat Enh, A., & Kamaruddin, R. (2021). Sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Terhadap Masyarakat Melayu di Malaysia dalam Menangani Isu-Isu Sosioekonomi, 1971-2000. ‘Abqari Journal, 24(1), 171–191. https://doi.org/10.33102/abqari.vol24no1.242

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free