KEMAHIRAN ILMU QIRAAT BERDASARKAN PENGAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN

  • Abdul Hamid A
N/ACitations
Citations of this article
35Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran Ilmu Qiraat berdasarkan pengajaran abad ke-21 dalam kalangan guru Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) di Kedah. Kajian ini dilakukan menggunakan set soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 42 orang guru KKQ dari pelbagai sekolah menengah di Kedah yang dipilih secara rawak. Data kuantitatif daripada soal selidik ini dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS versi 26.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Instrumen soal selidik tahap kemahiran Ilmu Qiraat mengandungi 30 item dan empat dimensi kemahiran (merancang pengajaran, pelaksanaan proses pengajaran, pelaksanaan kaedah pengajaran dan refleksi). Tahap kemahiran diukur dengan skala likert 5 mata yang terdiri daripada “Sangat tidak mahir” kepada “Sangat mahir”. Hasil dapatan kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach Alpha bagi tahap kemahiran Ilmu Qiraat dalam kalangan guru KKQ berada pada tahap terbaik iaitu (α = 0.938). Bagi item kemahiran, nilai Cronbach Alpha bagi elemen pertama kemahiran merancang pengajaran dengan nilainya iaitu (α = 0.962), elemen kedua kemahiran pelaksanaan proses pengajaran (α = 0.956), elemen ketiga kemahiran pelaksanaan kaedah pengajaran (α = 0.859) dan elemen keempat kemahiran refleksi (α = 0.848). Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap kemahiran Ilmu Qiraat guru KKQ berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.84 dan sisihan piawai .50. Kesimpulannya semua pihak terutamanya guru KKQ harus mempertingkatkan ilmu kemahiran berkaitan pengajaran abad ke-21 dalam bidang Ilmu Qiraat agar dapat melahirkan modal insan cemerlang di masa hadapan. Kata Kunci Kemahiran; Ilmu Qiraat; Pengajaran Abad ke-21; Guru Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Hamid, A. H. (2023). KEMAHIRAN ILMU QIRAAT BERDASARKAN PENGAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 6(2), 35–50. https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.70

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free