HUBUNGAN STESEN KERJA ERGONOMIK DAN STRES PEKERJAAN DALAM KALANGAN PEKERJA KLINIK KESIHATAN

  • Guruvasagam N
  • Selamat M
  • Vijayaragavan P
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
9Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Stres pekerjaan dalam organisasi merupakan isu yang perlu diberi keutamaan. Tinjauan literatur menunjukkan faktor - faktor stesen kerja ergonomik boleh menyebabkan stres dalam kalangan pekerja. Keadaan yang berterusan akan memberi impak negatif kepada pekerja seperti kekerapan ketidakhadiran bekerja, konflik dalam diri, kemalangan pekerjaan dan seterusnya memberi kesan ke atas prestasi. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara stesen kerja ergonomik dengan stres pekerjaan. Seramai 117 orang pekerja kesihatan daripada klinik kesihatan telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak berlapis. Borang soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data kajian yang meliputi faktor stesen kerja ergonomik iaitu manusia, ruang dan persekitaran sebagai pembolehubah bebas dan stres pekerjaan sebagai pembolehubah bersandar. Kajian mendapati tahap kesedaran aspek ergonomik di tempat kerja berada pada tahap sederhana rendah. Dapatan juga menunjukkan faktor manusia mempunyai hubungan yang positif dan sederhana serta signifkan terhadap stesen kerja (r=0.668 n=117 p=0.000). Manakala analisis regresi berganda yang dilakukan, membuktikan bahawa faktor manusia dan ruang kerja mempunyai hubungan yang signifikan terhadap stres pekerjaan. Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini membuktikan bahawa aspek stesen kerja ergonomik perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak organisasi bagi memastikan sumber manusia berada dalam keadaan sihat, berdaya saing dan produktif.

Cite

CITATION STYLE

APA

Guruvasagam, N., Selamat, M. N., Vijayaragavan, P., Ramanujan, H., & Nair, A. (2023). HUBUNGAN STESEN KERJA ERGONOMIK DAN STRES PEKERJAAN DALAM KALANGAN PEKERJA KLINIK KESIHATAN. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 20(1). https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2001.26

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free