Hubungan Iklim Organisasi Sekolah dan Kompetensi Kecerdasan Emosi Guru Sebagai Mediator ke atas Kualiti Guru Generasi "Y" di Sekolah Menengah Daerah Kudat

  • Talip R
  • Malinkun R
N/ACitations
Citations of this article
84Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji persepsi guru generasi ‘Y’ mengenai iklim organisasi sekolah, kompetensi kecerdasaan emosi guru, dan kualiti guru generasi ‘Y’ dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Kudat, Sabah. Kajian bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan beberapa teknik persampelan kebarangkalian telah digabungkan untuk mendapatkan sampel. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi yang ditadbir ke atas 236 orang guru generasi ‘Y’ di sekolah menengah harian biasa. data dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dan inferensi menggunakan perisian IBM SPSS dan AMOS-SEM Statistics Version 24. Dapatan kajian menunjukkan iklim organisasi, kompetensi kecerdasan emosi guru, dan kualiti guru generasi ‘Y’ diamalkan pada tahap tinggi. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi iklim organisasi sekolah dan kompetensi kecerdasaan emosi guru, manakala kualiti guru generasi ‘Y’ terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor jantina. Kajian ini juga, menunjukkan analisis laluan SEM membuktikan bahawa terdapat hubungan dan pengaruh secara langsung dan tidak langsung yang signifikan antara iklim organisasi dan kompetensi kecerdasan emosi guru terhadap kualiti guru generasi ‘Y’. Implikasi dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Talip, R. B., & Malinkun, R. B. (2020). Hubungan Iklim Organisasi Sekolah dan Kompetensi Kecerdasan Emosi Guru Sebagai Mediator ke atas Kualiti Guru Generasi “Y” di Sekolah Menengah Daerah Kudat. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(3), 58–78. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i3.372

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free