Misa Melayu: Sumber Dokumen Penting Pengkajian Tentang Aspek Ekonomi Perak Kurun ke-18

  • Mohamed Sharif S
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Makalah ini membincangkan Misa Melayu sebagai sumber dokumen penting pengkajian aspek ekonomi Perak (1728–1792). Misa Melayu sering digunakan sebagai dokumen penting dalam penulisan sejarah Perak sebelum ini. Misalnya, dokumen ini sering digunakan untuk membincangkan aspek politik (susur galur atau salasilah sultan-sultan yang mentadbir Perak dan peristiwa-peritiwa politik penting yang melanda Perak) serta aspek sosial (struktur sosial dan adat istiadat negeri Perak) pada kurun ke-18. Namun permasalahannya, dokumen ini jarang diketengahkan dalam pengkajian ekonomi Perak pada kurun yang sama. Ringkasnya, makalah ini mendapati bahawa melalui Misa Melayu, aspek ekonomi utama Perak pada kurun ke-18 dapat diketahui dengan jelas. Sebagai contoh, Misa Melayu membuktikan kemampuan Perak memenuhi jumlah permintaan bijih timah oleh Belanda yang merupakan rakan dagang utama Perak. Selain daripada bijih timah, gajah juga merupakan dagangan utama Perak dan gajah dari Perak dieksport sehingga ke India. Penulisan makalah ini merujuk kepada Misa Melayu sebagai dokumen primer utama selain rekod asing iaitu perjanjian-perjanjian perdagangan antara Syarikat Hindia Belanda dengan Perak.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamed Sharif, S. N. H. (2022). Misa Melayu: Sumber Dokumen Penting Pengkajian Tentang Aspek Ekonomi Perak Kurun ke-18. KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 29(1), 187–211. https://doi.org/10.21315/kajh2022.29.1.9

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free