According to the Negeri Sembilan Islamic Family Law Enactment 2003 (EUUKINS), every Muslim divorces that occurred in Negeri Sembilan needs to be registered under that law that had been enforced. In fact, divorce that is happening outside the court is a law offense and punishable on conviction by court. Therefore, this research is carried out to identify factors and sources in the context of knowledge of the civilians affecting the occurrence of outside the court divorce in the circle of Muslims’ Couples in Tampin District. This research is a descriptive survey using a questionnaire as an instrument, with a sample of 100 couples which half of the samples attended the consultation session on the marital problems and registered to divorce in Tampin District Islamic Religious Office (PAIDT). Descriptive analysis was carried out with the involvement of min and standard deviation to determine the level of knowledge. The results showed that the knowledge of the Muslim community in Tampin against the law of outside the court divorce (CLM) at a moderate level (min = 3.33 and sp = 0.55). The results of this research possibly will have implications on knowledge of the Muslim community against the law of outside the court divorce (CLM) and can be a reference material for the religious authorities such as the Department of Islamic Affairs, Department of Syariah Judiciary, and District Islamic Religious Office (PAID). Keywords : Divorce, law, Syariah Judiciary, knowledge of the Muslim community ABSTRAK Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 (EUUKINS), setiap perceraian orang Islam yang berlaku di Negeri Sembilan hendaklah didaftarkan di bawah undang-undang yang telah dikuat kuasakan. Malah, penceraian yang berlaku di luar mahkamah merupakan suatu kesalahan undang-undang yang boleh dikenakan hukuman apabila disabitkan oleh Mahkamah Syariah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor dan punca-punca dari aspek pengetahuan masyarakat sehingga berlakunya perceraian di luar mahkamah (CLM) dalam kalangan pasangan suami isteri yang beragama Islam di Daerah Tampin. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan sampel kajian adalah seramai 100 pasangan. Pasangan tersebut merupakan sebahagian daripada pasangan yang mengikuti sesi runding cara bagi masalah rumah tangga dan yang mendaftar perceraian di Pejabat Agama Islam Daerah Tampin (PAIDT). Analisis deskriptif dijalankan dengan melibatkan min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap pengetahuan masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan masyarakat Islam Tampin terhadap undang-undang perceraian di luar mahkamah (CLM) berada pada tahap sederhana sederhana (min = 3.33 dan sp = 0.55). Justeru, diharapkan hasil kajian ini mampu memberi implikasi terhadap pengetahuan yang lebih baik masyarakat Islam terhadap undang-undang perceraian di luar mahkamah (CLM) serta menjadi satu bahan untuk rujukan bagi pihak berkuasa agama seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Kehakiman Syariah, dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). Kata Kunci: Perceraian, undang-undang, Mahkamah Syariah, pengetahuan masyarakat
CITATION STYLE
Berhan, A., & Wan Ismail, W. A. F. (2016). PENGETAHUAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PERCERAIAN LUAR MAHKAMAH DI DAERAH TAMPIN, NEGERI SEMBILAN. Malaysian Journal of Syariah and Law, 4. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol4no1.17
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.