Abstract
Pak Kaduk (PK) merupakan salah satu karakter dalam cerita rakyat yang sarat dengan unsur jenaka atau komedi. Cerita ini memiliki daya tarik yang tersendiri kerana dapat menghibur pendengar dan bahan ceritanya berakar pada kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Tujuan cerita jenaka adalah untuk memberikan hiburan, mengkritik anggota masyarakat, dan memberi pelajaran kepada pembaca. Maka, tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis cerita jenaka Pak Kaduk dalam hal warna dan emosi. Dalam kajian ini, pengkaji akan menerapkan Teori Relevens oleh Sperber dan Wilson (1986; 1995). Kajian ini adalah kajian kualitatif sepenuhnya yang menggunakan analisis dokumen sebagai metode penyelidikan. Data kajian diperoleh dari antologi Lukisan Zaman oleh Shari (1991) dan Himpunan 336 Cerita Rakyat Malaysia oleh Puteh dan Said (2008). Hasil kajian menunjukkan bahawa bunga tanjung dan warna sebagai representatif konsep [KEPELBAGAIAN]. Penguatan elemen [KEPELBAGAIAN] ini dapat dikaitkan dengan variasi warna bunga tanjung yang digunakan. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat makna implisit yang melibatkan emosi Pak Kaduk melalui warna-warna yang pelbagai. Berdasarkan implikasi ini, pembaca dapat memahami bahawa [BERBUNGA TAJUNG] yang digunakan dalam naratif ini adalah untuk menyoroti konsep [KEPELBAGAIAN]. Selain itu, konteks warna bunga seperti warna [PUTIH] dan [KUNING] representatif makna yang positif, sementara warna [MERAH] dan [HITAM] membawa representatif makna yang negatif. Kesimpulannya, kajian ini juga menyoroti kritikan terhadap sikap seseorang yang harus menyembunyikan emosinya sebagai akibat daripada kesalahan yang dilakukannya sendiri.
Cite
CITATION STYLE
Daud, M. Z., Subet, M. F., & Awang Pawi, A. A. (2024). Refleksi warna positif dan warna negatif dalam naratif Pak Kaduk: Analisis pragmatik. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 15(2), 149–164. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.2.11.2024
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.