Impak Kecerdasan Buatan (AI) dalam Sibergogi Pendidikan Sepanjang Hayat daripada Perspektif Islam dan Barat

  • Surtahman A
  • Ijlal Saja
  • Hashim S
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kecerdasan Buatan (AI) merupakan inovasi teknologi yang dilihat signifikan dalam pendidikan abad ke-21. Namun begitu, wujud kebimbangan disebabkan perkembangan AI yang pantas akan memberi dampak kepada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmoni.  Justeru, kajian ini menilai impak AI dalam konteks sibergogi daripada perspektif Islam dan barat. Kajian tinjauan literatur dijalankan terhadap sumber-sumber sekunder yang relevan dengan topik kajian. Sumber diperoleh daripada beberapa pangkalan data akademik dan kepustakaan meliputi tempoh dari tahun 2015 hingga 2024, melalui carian menggunakan beberapa kata kunci yang bersesuaian. Data yang diperolehi dianalisis secara tematik berdasarkan empat tema utama yang telah dikenal pasti. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara perspektif Islam dan barat terhadap impak AI.  Jika diteliti, kedua-dua perspektif mengakui bahawa AI berpotensi untuk meningkatkan kualiti pendidikan, memberi tumpuan kepada pembelajaran yang berterusan dan berkesan, serta memenuhi keperluan pelajar secara individu. Namun begitu, dari aspek perbezaan memperlihatkan Islam menekankan unsur etika dan nilai moral dalam penggunaan AI serta menampilkan pendekatan yang lebih berorientasikan kepada kesejahteraan sosial dan kerohanian. Sebaliknya, Barat lebih menumpukan kepada aspek inovasi dan penganalisisan data. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa gabungan daripada perspektif Islam dan barat tersebut berpotensi memberikan impak yang lebih holistik terhadap pengguna AI terutamanya dalam melahirkan generasi yang berintelektual dan bersahsiah tinggi. Kajian akan datang memberi fokus kepada pemerkasaan dan implementasi AI dalam pendidikan sepanjang hayat.

Cite

CITATION STYLE

APA

Surtahman, A. W., Ijlal Saja, Hashim, S. N. I., Razali, N. W. N., & P. Rameli, M. F. (2025). Impak Kecerdasan Buatan (AI) dalam Sibergogi Pendidikan Sepanjang Hayat daripada Perspektif Islam dan Barat. Global Journal Al-Thaqafah, 15(1), 189–208. https://doi.org/10.7187/gjat072025-12

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free