Metafizik Melayu Menurut Filsuf Melayu Kerajaan Buddha, Hindu dan Islam

  • Tee B
N/ACitations
Citations of this article
15Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk mengupas konsep falsafah atau metafizik Melayu secara khusus dari kurun ke-7 sehingga kurun ke-17 yang menjangkau kerajaan Sriwijaya, Malayu-Singapura dan Aceh dengan karya-karya filsuf Sakyakirti, Dharmakirti, Kuja Ali (melalui narator Hikayat Seri Rama) dan Hamzah Fansuri. Falsafah daripada kerajaankerajaan pelbagai zaman merujuk kepada ilmu tertinggi yang sama iaitu metafizik yang berasaskan konsep sebab dan akibat (causality). Para filsuf bersetuju bahawa alam semesta adalah kesan yang dicipta daripada sebab muktamad, namun ahli falsafah Sriwijaya seperti Sakyakirti dan Dharmakirti dari sekolah Buddha Yogacara mengaitkan perkara ini dengan cita, manakala Kuja Ali dan Hikayat Seri Rama dari tradisi Hindu Samkhya pada zaman Melayu-Singapura menganggap hal ini sebagai purusa, dan Hamzah Fansuri dari tasawuf Islam pada zaman kerajaan Aceh pula merujuknya sebagai Allah SWT. Di sebalik perbezaan itu, pendekatan pengetahuan kendiri yang sama telah diambil oleh semua filsuf kerana mereka mempercayai bahawa “wujud diri” (akibat) adalah tidak berbeza dengan wujud sebab, iaitu dengan menyedari wujud diri, seseorang akan mengenali “wujud hakiki”. Persamaan dan kesinambungan daripada konsep dan pendekatan ini di seluruh kerajaan Sriwijaya sehingga ke Aceh mungkin merupakan tradisi atau jati diri falsafah Melayu yang belum diterokai dan disedari oleh masyarakat falsafah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Tee, B. C. (2023). Metafizik Melayu Menurut Filsuf Melayu Kerajaan Buddha, Hindu dan Islam. KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 30(2), 143–172. https://doi.org/10.21315/kajh2023.30.2.8

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free