PENEROKAAN PENGALAMAN MANGSA SINDIR BADAN DALAM KALANGAN REMAJA DI SELANGOR

  • Johnson N
  • Saim N
  • Sarnon N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
25Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sindir badan merupakan suatu isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat. Sindir badan boleh menyebabkan pelbagai kesan terhadap kesejahteraan mental dan psikologi kepada seseorang. Mangsa sindir badan berisiko menghadapi kemurungan, kehilangan daya tahan, kekurangan keyakinan diri, isolasi, kecelaruan makanan serta meningkatkan risiko bunuh diri khususnya dalam kalangan remaja. Makalah ini bertujuan untuk meneroka pengalaman mangsa sindir badan dalam kalangan remaja di Selangor. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual mendalam semi-struktur. Seramai enam orang informan yang terdiri daripada mangsa sindir badan telah dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan dan teknik bola salji. Analisis tematik terhadap verbatim temu bual informan membentuk dua tema pengalaman iaitu: 1. Penerimaan diri yang pelbagai; penerimaan diri yang negatif dan ketidaksempurnaan yang sempurna; dan 2. Timbal-balik dalam perhubungan; orang yang signifikan tidak menghormati dirinya dan dua sisi perhubungan di media sosial. Kajian ini mencadangkan setiap individu perlu peka terhadap kesan sindir badan dan pihak-pihak yang berkaitan mesti meningkatkan kesedaran dan memberikan sokongan secara holistik dalam membantu meningkatkan kesejahteraan hidup remaja dengan menyediakan intervensi yang sesuai bagi mengatasi isu sindir badan dan masalah imej badan yang berkaitan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Johnson, N., Saim, N. J., Sarnon, N., Mansor, N. H., & Mohammad Jodi, K. H. (2023). PENEROKAAN PENGALAMAN MANGSA SINDIR BADAN DALAM KALANGAN REMAJA DI SELANGOR. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 20(1). https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2001.35

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free