Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 terhadap pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah. Selain itu, kajian ini mengkaji perbezaan skor min pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 dan pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah. Kajian ini menggunakan reka bentuk bukan eksperimen dan kaedah kuantitatif. Seramai 209 orang guru SKM telah dipilih untuk dijadikan sampel dalam kajian ini. Sampel ini ditentukan dengan menggunakan kaedah pensamplean rawak mudah. Instrumen soal selidik pula telah digunakan untuk memperoleh maklumat daripada sampel kajian. Data mentah yang diperoleh daripada sampel kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan analisis statistik inferensi yang melibatkan analisis Regresi Linear. Hasil analisis menunjukkan terdapat pengaruh signifikan yang positif dan kuat antara pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 terhadap pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah (Beta=0.88, t=27.65). Hasil kajian ini diharap dapat memberikan input bermanfaat kepada pelbagai pihak khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha meningkatkan kemampuan sekolah untuk melahirkan murid yang bersahsiah dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
CITATION STYLE
Ag Kiflee@Dzulkifli, D. N., Talip, R., Choon Keong, T., Bikar Singh, S. S., Bih Ni, L., Talin, R., & Madjapuni, M. N. (2021). Pengaruh Pembangunan Penerapan Nilai dalam Pendidikan Abad Ke 21 Terhadap Pembentukan Sahsiah Murid Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 119–127. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i1.641
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.