MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI FAKTA SEJARAH PENCIPTAAN BENDERA MALAYSIA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MELALUI KAEDAH “PETA DAKAP”

  • Shaharudin H
N/ACitations
Citations of this article
31Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran menguasai fakta sejarah penciptaan bendera Malaysia dalam kalangan murid tahun 5 melalui kaedah “Peta Dakap”. Responden terdiri daripada 10 orang yang memperoleh markah rendah dalam proses pengumpulan data awal. Pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran mengingat fakta sejarah penciptaan bendera Malaysia murid adalah lemah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap hasil pencapaian murid selepas pengaplikasian kaedah “Peta Dakap”. Kaedah ini membantu murid untuk menguasai fakta dengan lebih mudah,cepat malah dengan cara yang lebih menarik minat murid untuk mempelajari sejarah penciptaan bendera Malaysia. Data kualitatif dikaji secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk huraian, jadual serta rajah. Analisis dokumen seperti lembaran kerja responden telah menyokong keputusan kajian ini. Secara kseimpulannya, kaedah “Peta Dakap” dapat membantu meningkatkan kemahiran menguasai fakta sejarah penciptaan bendera Malaysia dalam kalangan murid tahun 5. Maka, penggunaan kaedah ini digalakkan dan diperluaskan kepada semua guru sejarah di Malaysia bagi mempermudahkan proses pengajaran sejarah di sekolah menjadi lebih efektif dan bersifat holistik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Shaharudin, H. S. M. (2016). MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI FAKTA SEJARAH PENCIPTAAN BENDERA MALAYSIA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MELALUI KAEDAH “PETA DAKAP.” Proceedings of The ICECRS, 1(1). https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.545

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free