Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam

  • Abdul Rahman N
  • Mohd Amin N
  • Razali W
N/ACitations
Citations of this article
82Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam pembinaan tamadun Melayu, khususnya pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka telah digunakan dalam bidang persuratan sebagai cara untuk merakamkan segala khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Hashim Musa, 2005). Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka juga, kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan dalam bahasa Melayu merupakan salah satu identiti bagi bangsa Melayu beragama Islam (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Walau bagaimanapun, kajian Madihah Mohamad (2007) menunjukkan pelajar Melayu hari ini sudah tidak berminat membaca dan menulis menggunakan tulisan Jawi. Berdasarkan isu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (UNITEN) berkaitan kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai salah satu lambang identiti bangsa Melayu, dan kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti bangsa Melayu beragama Islam. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai medium pengumpulan data, dan data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati, majoriti pelajar Melayu UNITEN yang terlibat dengan kajian ini bersetuju bahawa kemahiran menggunakan tulisan Jawi merupakan salah satu lambang identiti bagi bangsa Melayu di Malaysia. Hasil kajian juga menunjukkan sebilangan besar responden bersetuju kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti Melayu beragama Islam. Kata kunci: Tulisan Jawi, identiti Melayu, kemahiran Jawi.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Rahman, N. A., Mohd Amin, N., & Razali, W. N. (2017). Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam. Sains Insani, 2(1), 42–47. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no1.49

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free