Faktor-faktor yang Mempengaruhi Hasrat Keusahawanan di kalangan Pelajar Pengajian Tinggi

  • Abdul Malik M
  • Abdul Malik M
  • Ghazali J
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
39Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Bidang keusahawanan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mereka yang bergelut dalam pencarian pekerjaan dan membantu menjana pendapatan tambahan kepada mereka yang mengalami gaji minimum yang rendah di Malaysia. Kajian ini mengenal pasti kesan sumber pembiayaan, model teladan dan pendidikan keusahawanan terhadap hasrat keusahawanan di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kota Bharu. Kajian ini juga mengenal pasti perbezaan purata yang signifikan dalam hasrat keusahawanan di kalangan pelajar berlainan jantina dan status penglibatan keluarga dalam perniagaan. Soal selidik diedarkan kepada 293 responden bagi tujuan pengumpulan data. Keputusan analisa regresi linear menunjukkan hanya terdapat dua pemboleh ubah mempengaruhi niat keusahawanan secara signifikan di kalangan pelajar iaitu model teladan dan pendidikan keusahawanan. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan purata yang signifikan dalam hasrat keusahawanan di kalangan pelajar jantina berbeza tetapi terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan penglibatan keluarga dalam perniagaan. Kajian ini diharap dapat memberikan gambaran kepada pihak pengurusan dan pembuat dasar untuk meningkatkan hasrat kusahawanan dikalangan pelajar bagi menangani masalah kebolehpasaran graduan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Malik, M. A., Abdul Malik, M. H. H., Ghazali, J. N., Mohamad, R., Rahman, A. A., Kairan, O., … Mustapha, M. F. (2022). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Hasrat Keusahawanan di kalangan Pelajar Pengajian Tinggi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(9), e001720. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i9.1720

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free