Tajdid dalam Tarekat Sayyid Ahmad bin Idris: Tinjauan Pemikiran Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin dan Implikasinya terhadap Pendidikan Islam

  • Saad S
  • Yussuf A
  • (Author) M
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstract Penyelewengan dalam pengamalan tarekat telah mengakibatkan salah faham yang mencemarkan imej Islam dan institusinya. Tarekat sebagai jalur pendidikan rohani dalam Islam, memerlukan pendekatan tajdid bagi menjamin ketulenan dan kesesuaiannya dengan tuntutan zaman. Kajian ini meninjau pemikiran tajdid Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin dalam Tarekat Sayyid Ahmad bin Idris khususnya dalam konteks pendidikan Islam. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap karya dan dokumentasi berkaitan, dapatan menunjukkan tiga asas tajdid utama: kepentingan mengenali mursyid tarekat, penekanan terhadap keilmuan berasaskan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, dan pemeliharaan ketulenan amalan tarekat. Kajian ini mencadangkan model pembaharuan dalam pendidikan kerohanian Islam yang berteraskan tarekat sahih sebagai wahana pembentukan sahsiah dan transformasi sosial. Implikasinya menunjukkan bahawa pendekatan tarekat yang berpaksikan ilmu dan sanad sahih boleh diinstitusikan dalam sistem pendidikan Islam kontemporari secara bersepadu dan berstruktur.

Cite

CITATION STYLE

APA

Saad, S., Yussuf, A., & (Author), M. N. M. S. (2025). Tajdid dalam Tarekat Sayyid Ahmad bin Idris: Tinjauan Pemikiran Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin dan Implikasinya terhadap Pendidikan Islam. Journal of Islamic Education, 11(1), 20–28. https://doi.org/10.22452/jier.vol11no1.3

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free