Model Bar merupakan lukisan model atau kaedah model dengan membina gambar rajah daripada masalah berayat matematik. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji trend pelaksanaan strategi Model Bar dalam menyelesaikan masalah berayat dalam matematik berdasarkan empat kriteria. Empat kriteria merupakan kriteria pangkalan data, tahun penerbitan artikel, lokasi kajian dijalankan dan skop kajian. Terdapat empat pangkalan data iaitu Web of Science (WOS), Scopus, Semantic Scholar dan Lain-lain pangkalan data jurnal digunakan dalam saringan artikel-artikel kajian lepas. Prosedur sorotan literatur bersistematik (SLR) digunakan merangkumi reka bentuk, strategi dan kata kunci pencarian artikel, kriteria pemilihan artikel, proses pemilihan artikel serta proses pengumpulan dan penganalisisan artikel. Terdapat 20 buah artikel dianalisis dan telah dipilih dalam kajian ini dengan berlandaskan empat kriteria tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan penggunaan strategi Model Bar banyak dikaji di negara-negara luar seperti Indonesia, Australia, United State, Amerika, Brunei dan Filipina. Namun demikian, kajian ini kurang penerbitan dalam masa lima tahun yang terkini. Maka, tempoh tahun penghasilan artikel yang berkaitan dipanjangkan sehingga 10 tahun yang terkini. Pangkalan data Semantic Scholar menyumbang paling banyak artikel dalam kajian ini. Tiga skop kajian telah dianalisis iaitu keberkesanan penggunaan Model Bar terhadap penyelesaian masalah matematik, persepsi guru dan murid terhadap penggunaan Model bar dalam penyelesaian masalah matematik dan perbezaan antara penggunaan strategi Model Bar dengan pendekatan konvensional terhadap pencapaian murid. Cadangan kajian lanjutan yang boleh dibuat ialah dengan mendedahkan Model Bar kepada murid konteks lain melalui teknik visualisasi secara lebih holistik.
CITATION STYLE
Wong, W. T., & Mohd Matore, M. E. @ E. (2020). Kemahiran Penyelesaian Masalah Berayat Matematik Melalui Model Bar: Sorotan Literatur Bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 144–159. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.569
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.