Faktor Luar Kawalan Dalam Penentuan Status Talak Tiga Sekali Lafaz di Mahkamah Syariah

  • NASOHAH Z
  • Abd Shukor M
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Perceraian melalui lafaz talak tiga dalam satu masa merupakan perkara yang diperselisihkan dikalangan fuqaha. Perbezaan pendapat ini turut mencorakkan keputusan-keputusan mahkamah dalam membuat pengesahan status lafaz talak berkenaan. Selain faktor lafaz sorih dan kinayah, terdapat faktor-faktor lain yang boleh menentukan status lafaz talak tiga sekali lafaz. Makalah ini bertujuan membincangkan kesan faktor-faktor luar kawalan suami yang melafaz talak dalam penentuan status talak tiga sekali lafaz di Mahkamah Syariah. Kajian ini adalah kajian kes menggunakan kaedah analisa kandungan. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan perbandingan. Hasil analisis mendapati faktor lain yang dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan status kes talak tiga dalam satu lafaz ialah keadaan lafaz talak yang diucapkan dan keadaan suami sebelum, semasa dan selepas melafazkan talak. Ia merangkumi faktor-faktor luar kawalan iaitu sedar, paksaan, hilang pertimbangan, hilang kawalan diri dan kejahilan tentang kesan talak. Faktor-faktor tersebut boleh dibuktikan menerusi sumpah ataupun dokumen perubatan.

Cite

CITATION STYLE

APA

NASOHAH, Z., & Abd Shukor, M. (2018). Faktor Luar Kawalan Dalam Penentuan Status Talak Tiga Sekali Lafaz di Mahkamah Syariah. Malaysian Journal of Syariah and Law, 6(3). https://doi.org/10.33102/mjsl.v6i3.91

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free