Kajian ini bertujuan untuk menentukan persepsi pelajar tentang bekerja sambil belajar ketika suasana pandemik Covid-19 ini. Ia juga mengkaji kesan positif dan negatif bekerja semasa belajar dan meneroka cabaran yang dihadapi oleh pelajar yang bekerja semasa belajar dan cara mereka mengatasi masalah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam situasi menemubual pelajar tahun tiga, Fakulti Pengajian Bahasa Utama dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan secara dalam talian. Kajian ini melibatkan 3 responden. Pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak mudah untuk memilih sampel. Data penyelidikan dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temuduga. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat kelebihan dan kekurangan kepada pelajar USIM yang bekerja semasa belajar. Antara kelebihannya adalah dapat menambah pendapatan dari segi kewangan. Mereka juga mendapat pengalaman baharu untuk kerjaya dalam dunia pekerjaan. Ini penting agar mereka tidak menganggur pada masa akan datang. Kelemahannya adalah boleh menyebabkan tekanan emosi seperti keletihan dan kurang tidur kerana kesukaran membahagikan masa antara waktu belajar secara dalam talian dan bekerja terutama berdepan dengan cabaran semasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sekarang. This study aims to determine the students’ perceptions on working while studying during the current period of Covid-19 pandemic. It also examines the positive and negative effects of working while studying and explores the challenges faced by students who are working while studying, and how do they overcome the problems. This study uses a qualitative approach by interviewing third year students, Faculty of Major Language Studies from Islamic Science University of Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan via online. This research involved 3 respondents whereby the researchers used the purposive sampling method for USIM students. Research data were collected through participant observation, document analysis and interviews via Telegram application. The results of this study show that there are advantages and disadvantages for USIM students who work while studying. The advantage is that for USIM students who work while studying are financially capable because they are working. They also get new experience for their career in the world of employment, which is important to avoid being unemployed in the future. The disadvantage is that it can cause emotional stress such as fatigue and lack of sleep due to the difficulty of dividing time between online study and work especially during the Movement Control Order (MCO).
CITATION STYLE
Shaiful Baharum, A., Md Shar, N. Z., & Abbas, U.-H. (2021). Kesan Bekerja Sambilan Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Ketika Pandemik Covid-19. Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.320
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.