Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi (later al-Nadwi) was a famous Islamic scholar during his life in the 90s. He is known for his efforts to solve the problems faced by Muslims. Among al-Nadwi’s approaches is the call for Muslims to reappreciate the sources of Islamic history, especially al-sirah al-nabawiyyah (biography of the prophet). Al-Nadwi’s efforts to produce literary works on al-sirah al-nabawiyyah highlighted his thought that al-sirah al-nabawiyyah should be considered as one of the important sources of knowledge. Al-Nadwi was not only produced the work of al-sirah al-nabawiyyah for adults but also wrote several works on the similar theme for children. Based on these facts, this article will unravel al-Nadwi’s views which highlights the importance of al-sirah al-nabawiyyah in the process of educating children. This article analyses al-Nadwi’s views on al-sirah al-nabawiyyah through textual analysis method. As a result, this article discovers that al-Nadwi’s views of al-sirah al-nabawiyyah is based on his stand that Muslims should utilize the source of authoritative knowledge in Islam. In addition, children should be kept away from reading materials that contain elements of superstitions. The content of reading material featuring the prophets as role models should be given priority in the effort to form a good personality for children. Therefore, al-sirah al-nabawiyyah needs to be exposed to children because it is an important requirement to educate them with Islamic education. Keywords: Prophetic Biography, al-Nadwi, Islamic Thought, The Story of Prophets, Islamic Personality Abstrak Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi (seterusnya al-Nadwi) merupakan seorang sarjana Islam yang terkenal ketika hayatnya pada era 90-an. Beliau terkenal dengan usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi umat Islam. Antara pendekatan al-Nadwi ialah seruan agar umat Islam kembali menghayati sumber sejarah Islam khususnya al-sirah al-nabawiyyah. Usaha al-Nadwi menghasilkan karya tentang al-sirah al-nabawiyyah menyerlahkan pemikirannya agar al-sirah al-nabawiyyah dijadikan sebagai salah satu sumber ilmu yang penting. Al-Nadwi bukan sahaja menghasilkan karya al-sirah al-nabawiyyah untuk golongan dewasa tetapi turut menulis karya seumpamanya untuk kanak-kanak. Berdasarkan fakta tersebut, makalah ini akan merungkai pandangan al-Nadwi tentang kepentingan al-sirah al-nabawiyyah dalam proses pendidikan kanak-kanak. Makalah ini menganalisis pandangan al-Nadwi berkaitan al-sirah al-nabawiyyah dengan menggunakan kaedah analisis teks. Hasilnya, makalah ini mendapati bahawa pandangan al-Nadwi terhadap al-sirah al-nabawiyyah berpaksikan pendirian agar umat Islam memanfaatkan sumber ilmu berautoriti dalam Islam. Selain itu, kanak-kanak perlu dijauhkan daripada bahan-bahan yang mengandungi unsur khurafat. Kandungan bahan bacaan yang menampilkan para nabi sebagai suri teladan perlu diutamakan dalam usaha membentuk keperibadian mulia bagi kanak-kanak. Justeru, al-sirah al-nabawiyyah perlu didedahkan kepada golongan kanak-kanak kerana ia adalah satu keperluan penting untuk mendidik mereka dengan didikan Islam. Kata kunci: al-Sirah al-Nabawiyyah, al-Nadwi, Pendidikan Kanak-Kanak, Kisah Para Nabi, Sahsiah Islamiah
CITATION STYLE
Nasir, M. S., & Mat Teh, K. S. (2021). Pandangan al-Nadwi Tentang Kepentingan al-Sirah al-Nabawiyyah dalam Pendidikan Kanak-Kanak. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 5(1), 227–242. https://doi.org/10.33102/jqss.vol5no1.97
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.