Kebolehpercayaan dan Korelasi Elemen Multimedia dan Antara Muka Tablet dalam Menilai Penceritaan Digital

  • Hussain H
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
54Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penceritaan adalah satu kaedah pengajaran yang berkesan di kalangan pendidik kerana ia lebih mudah dan cepat dilaksanakan. Peralihan kaedah bercerita secara tradisional kepada digital atau lebih dikenali dengan Penceritaan Digital (PD), adalah bersesuaian era teknologi digital masa kini. Suntikan elemen multimedia dalam PD telah memberikan inovasi dalam proses pembelajaran dengan sokongan ciri interaksi teknologi mudah alih. Ciri interaksi semula jadi pada peranti mudah alih seperti skrin sentuh memudahkan interaksi pengguna dengan elemen multimedia seperti teks dan imej bagi menghasilkan penceritaan. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan elemen yang bersesuaian untuk menilai penceritaan dengan teknologi mudah alih. Oleh itu, cadangan kajian ini adalah untuk menggunakan instrumen yang diadaptasikan daripada heuristik (set prinsip keboleh gunaan) yang telah disahkan oleh pakar. Instrumen merupakan soal selidik yang terdiri daripada tiga dimensi yang mewakili pemboleh ubah iaitu: Antara muka tablet, PD dan multimedia. Sampel kajian terdiri daripada 41 responden di salah sebuah Insititut Pendidikan Guru (IPG) dengan menggunakan pensampelan bertujuan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah utama dalam kajian ini sebagai elemen untuk menilai penceritaan dengan interaksi tablet. Bagi menentukan hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut, data telah dianalisis dengan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa instrumen mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan hubungan signifikan yang positif antara semua pemboleh ubah dalam menilai penceritaan menggunakan tablet.

Cite

CITATION STYLE

APA

Hussain, H., & Shiratuddin, N. (2016). Kebolehpercayaan dan Korelasi Elemen Multimedia dan Antara Muka Tablet dalam Menilai Penceritaan Digital. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31, 27–45. https://doi.org/10.21315/apjee2016.31.3

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free