Keperluan Garis Panduan Dan Etika Islam Dalam Penyelidikan Kecerdasan Buatan

  • Aliff Nawi
  • Mohd Faiz Mohd Yaakob
  • Zalmizy Hussin
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
157Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Perkembangan teknologi dalam kecerdasan buatan atau AI semakin meningkat secara drastik. Daripada penggunaan telefon pintar, kereta tanpa pemandu, robot, hinggalah pembuatan senjata tanpa kawalan telah mengubah lanskap kehidupan manusia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi dan impak penggunaan AI terhadap manusia pada masa kini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui tinjauan literatur dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa AI telah pun digunakan secara meluas terutamanya di negara membangun meliputi pelbagai bidang termasuklah kesihatan, ekonomi dan kewangan, penerbangan, automotif dan pendidikan. Walau bagaimanapun, penggunaan AI turut dieksploitasi dalam penglibatan aktiviti terorisme, pemalsuan identiti dan penyalahgunaan data. Lebih-lebih lagi, para pakar AI mula khuatir bahawa teknologi AI diluar kawalan dan memberi ancaman kepada manusia. Fenomena ini mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak diluar negara termasuklah PBB, Suruhanjaya Eropah dan United Nation untuk mula menyediakan polisi, kawalan dan regulasi terhadap penyelidikan AI. Memandangkan pelbagai pihak diperingkat global sedang berusaha dalam menyediakan garis panduan dan etika dalam penyelidikan AI, terdapat peluang untuk bekerjasama dalam menawarkan input etika dari perspektif ajaran Islam. Keperluan kerjasama untuk membangunkan garis panduan dan etika dalam penyelidikan AI perlu mengambil kira pelbagai disiplin dan perspektif, termasuklah dari perspektif agama Islam. Kerjasama ini juga diharapkan dapat menangani pelbagai isu kontemporari demi melindungi hak dan kepentingan manusia, terutama komuniti muslim global.

Cite

CITATION STYLE

APA

Aliff Nawi, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Zalmizy Hussin, Nadia Diyana Mohd Muhaiyuddin, Mohd Al Adib Samuri, & Ab. Halim Tamuri. (2021). Keperluan Garis Panduan Dan Etika Islam Dalam Penyelidikan Kecerdasan Buatan. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 280–297. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.414

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free