Aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing

  • Muhd Zulkifli N
  • Wan Mohamad W
  • Surat S
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
47Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini memfokuskan aspek budaya Melayu yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing berdasarkan hubungan antara bahasa dan budaya yang saling berkait rapat. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji komponen budaya Melayu yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kaedah kuantitatif yang menggunakan soal selidik dijalankan untuk mengumpul data. Seramai 30 orang pelajar program Bahasa Melayu di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Jepun terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar bersetuju bahawa aspek budaya Melayu perlu dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan aspek budaya Melayu yang diterapkan dalam kelas Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi (min=3.58) yang melibatkan kerangka budaya 3P yang mengandungi tiga dimensi budaya, iaitu produk, praktik dan perspektif. Perspektif budaya Melayu merupakan dimensi budaya yang paling kerap diterapkan dalam PdP Bahasa Melayu dengan min=3.80, diikuti praktik budaya Melayu (min=3.73) dan produk budaya Melayu (min=3.20). Hasil kajian juga menunjukkan komponen budaya Melayu yang paling kerap diterapkan adalah agama Islam. Secara kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di TUFS melibatkan aspek budaya Melayu dan merangkumi pelbagai komponen budaya Melayu.

Cite

CITATION STYLE

APA

Muhd Zulkifli, N. Z., Wan Mohamad, W. M. R., Surat, S., & Badusah, J. (2019). Aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, 121–133. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol10.9.2019

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free