Kepimpinan Instructional Penyelia Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Hubungnya dengan Kepuasan Kerja Pemaju Masyarakat TABIKA atau TASKA KEMAS

  • Jipin M
  • Ambotang A
N/ACitations
Citations of this article
33Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan mengenai kepimpinan instruktional dalam kalangan Penyelia Pendidikan awal kanak-kanak dan kepuasan kerja guru Tabika/Taska KEMAS. Dalam era globlalisasi yang pesat dengan pembangunan teknologi alam maya, pemimpin dan peneraju pendidikan awal kanak-kanak perlu mempunyai kompetensi seiring dengan tranformasi pendidikan yang telah dirancang. Kepimpinan instruktional dalam kalangan Penyelia Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS perlu di implementasikan untuk mencapai tahap kepimpinan optimum yang selaras dengan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan. Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan instruksional Penyelia Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak dan hubunganya dengan kepuasan kerja, Pemaju Masyarakat Tabika/Taska (guru) KEMAS. Seramai 24 orang Penyelia Operasi Pendidikan awal Kanak-kanak dari 24 Parlimen dan 240 Pemaju Masyarakat Tabika/Taska KEMAS di Sabah akan dipilih dalam kajian ini. Seterusnya kajian ini memberi implikasi bahawa pengaruh tahap kepimpinan Penyelia Operasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan kepuasan kerja Pemaju Masyarakat Tabika/Taska amat penting untuk memastikan halatuju pendidikan awal kanak-kanak di Jabatan KEMAS.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jipin, M., & Ambotang, A. S. (2019). Kepimpinan Instructional Penyelia Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Hubungnya dengan Kepuasan Kerja Pemaju Masyarakat TABIKA atau TASKA KEMAS. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), 197–201. https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i7.321

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free