Kepentingan aktiviti fizikal dalam membina personaliti dan meningkatkan prestasi akademik

  • Syed Chear S
  • Mohd M
  • Hamzah S
N/ACitations
Citations of this article
137Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kecemerlangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) sering kali difokuskan kepada prestasi akademik manakala perkembangan personaliti terpinggir. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dan kesan penglibatan tersebut terhadap prestasi akademik dan perkembangan personaliti. Responden terdiri daripada 61 pelajar diploma pelbagai bidang yang mengikuti kursus wajib MPU2412 Sukan selama 14 minggu antara Januari sehingga Mei 2016 di sebuah universiti swasta. Data kajian merupakan maklum balas pelajar yang diperoleh melalui borang soal-selidik yang ditadbir pada minggu akhir semester. Enam dimensi yang dinilai adalah (i) ekspresi diri, (ii) dorongan ibu-bapa, ahli keluarga dan sekolah, (iii) minat, (iv) pengaruh persekitaran dan kemudahan yang disediakan, (v) penglibatan dalam aktiviti kelab dan persatuan, (vi) pengetahuan, dan (vii) motivasi dalaman. Analisis melalui Perisian Statistik Sains Sosial (SPSS V22) mendapati nilai Pearson’s R bagi menunjukkan korelasi antara aktiviti fizikal dan prestasi akademik adalah kecil iaitu berbasikal (.258), bertanding (.181), bersenam (.176) dan berlari (.001). Nilai korelasi yang negatif dicatatkan untuk aktiviti bersukan (-.135). Responden bersetuju bahawa aktiviti fizikal adalah penting bagi merangsang keupayaan kognitif iaitu proses pembelajaran serta pembentukan personaliti. Ketiadaan motivasi dalaman menjadi faktor penghad utama keterlibatan pelajar untuk aktif terlibat dengan aktiviti fizikal. Kajian ini mencadangkan agar pihak institusi merangka program lebih terancang dan menambah fasiliti untuk menggalakkan lebih ramai pelajar aktif melakukan aktiviti fizikal kerana ia dijangka dapat meningkatkan prestasi akademik dan membangunkan personaliti.

Cite

CITATION STYLE

APA

Syed Chear, S. L., Mohd, M. I., & Hamzah, S. H. (2018). Kepentingan aktiviti fizikal dalam membina personaliti dan meningkatkan prestasi akademik. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 7(1), 21–33. https://doi.org/10.37134/jsspj.vol7.1.3.2018

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free