Pengajaran Sejarah Pengajaran Terbeza: Kajian Tinjauan Terhadap Guru Sejarah Sekolah Menengah di Sabah

  • Ladjaharun H
  • Ahmad A
N/ACitations
Citations of this article
26Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan, dan amalan serta cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan Pengajaran Terbeza. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 233 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sejarah sekolah menengah yang mengajar di negeri Sabah. Seterusnya, bagi membuat kutipan data borang soal selidik digunakan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) edisi 23.0. Seramai 30 orang responden telah dilibatkan dalam satu kajian rintis. Hasilnya, alfa Cronbach bagi keseluruhan item adalah 0.933 bagi keseluruhan 48 item yang diukur. Dapatan menunjukkan kesemua lima aspek yang diukur mencatatkan skor min yang tinggi. Tahap skor min pengetahuan adalah 4.07, penerimaan ialah 4.16, kesediaan adalah 3.72, amalan ialah 3.83 dan cabaran adalah 3.73. Dapatan ini juga menunjukkan min bagi aspek cabaran pada tahap yang tinggi semasa melaksanakan Pengajaran Terbeza walaupun tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan dan amalan yang tinggi. Oleh itu, diharapkan pihak yang berkenaan sewajarnya meneliti setiap cabaran yang diketengahkan dalam kajian ini. Dengan penelitian dan tindakan sewajarnya dari semua pihak diharapkan guru terus bermotivasi melaksanakan Pengajaran Terbeza yang terbukti keberkesanannya dalam kajian-kajian sebelum ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ladjaharun, H., & Ahmad, A. (2023). Pengajaran Sejarah Pengajaran Terbeza: Kajian Tinjauan Terhadap Guru Sejarah Sekolah Menengah di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002050. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2050

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free