Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan modul algebra berasaskan strategi penjanaan masalah yang dikenali sebagai MA-SPM. Model instruksional ADDIE dijadikan sandaran untuk proses pembangunan modul MA-SPM. Modul MA-SPM dibina berdasarkan kerangka model aktif Xie dan Masingila (2017). Seramai enam orang pakar telah terlibat sebagai penilai kesahan kandungan modul dan kesahan aktiviti modul manakala tujuh orang pakar menilai kesahan bahasa modul bagi menentukan kesahan muka dari sudut perkataan, laras bahasa dan juga ayat dalam setiap soalan yang dibina. Dapatan kajian menunjukkan modul MA-SPM yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi (kesahan kandungan = 87.50%, kesahan bahasa = 86.43% dan kesahan kandungan aktiviti = 86.43%).
Cite
CITATION STYLE
Marham, M. A., Abdullah, M. F. N. L., & Lee, T. T. (2023). Kesahan Modul Algebra berasaskan Strategi Penjanaan Masalah (MA-SPM). Jurnal Pendidikan Sains Dan Matemaitk Malaysia, 13(2), 25–34. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol13.2.3.2023
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.