Amalan Pengurusan Pentadbir Sekolah dan Kepuasan Kerja dalam kalangan Guru-Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan

  • Komarudin F
  • Hashim Z
N/ACitations
Citations of this article
36Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru di Malaysia dipercayai rendah dari segi pengiktirafan, seperti yang dirasakan oleh pentadbir sekolah. Ini menunjukkan perkaitan yang kukuh antara tanggungjawab pentadbir sekolah dan tahap kepuasan guru. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menyiasat bagaimana amalan yang dilakukan oleh pentadbir sekolah memberi kesan kepada kepuasan kerja guru di sekolah menengah kebangsaan di negeri Perak. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kuantitatif deskriptif, dengan saiz sampel 480 individu dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Dapatan penyelidikan ini menunjukkan bahawa pengurusan pentadbir sekolah di sekolah menengah kebangsaan di Perak adalah tinggi, manakala kepuasan kerja guru adalah sederhana. Analisis ANOVA sehala mendedahkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap pendidikan dan tahun pengalaman dalam kalangan guru. Selain itu, analisis korelasi Pearson sehala mendedahkan hubungan negatif yang ketara tetapi lemah antara pengurusan pentadbir sekolah dan kepuasan kerja guru sekolah menengah di Perak. Dapatan ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam merancang dan melaksanakan prosedur pemantauan dan penilaian secara berkesan untuk sekolah-sekolah di Perak.

Cite

CITATION STYLE

APA

Komarudin, F. M., & Hashim, Z. (2024). Amalan Pengurusan Pentadbir Sekolah dan Kepuasan Kerja dalam kalangan Guru-Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(1), e002543. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i1.2543

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free