Nilai-Nilai Kemanusiaan dalam Cerita Lisan: Satu Penelitian Takmilah

  • bin Mohamad Hanafiah M
  • bin Che Yaacob M
N/ACitations
Citations of this article
30Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Cerita lisan merupakan sebuah khazanah yang berharga dan seharusnya dipelihara sebagai pedoman kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, kisah-kisah yang berkisar dalam cerita lisan sangat kaya dengan nilai termasuk nilai-nilai kemanusiaan yang menggambarkan corak hidup masyarakat Melayu terdahulu. Kajian ini berpaksikan dua objektif, iaitu mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam cerita lisan. Seterusnya, nilai-nilai kemanusiaan akan diaplikasikan dengan teori Takmilah. Pengaplikasian teori Takmilah dilakukan dalam kajian ini bagi memantapkan hujah analisis kajian. Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada pembaca untuk lebih menghargai cerita lisan. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan kaedah kepustakaan dan teks bagi memastikan data yang diperolehi adalah tepat dan sistematik. Kajian ini akan memberi pencerahan mengenai nilai-nilai kemanusiaan seperti baik hati, rendah diri, murah hati, sedia memaafkan dan hormat menghormati. Hasil kajian ini membuktikan cerita lisan sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mampu mendidik khalayak ke arah lebih baik dan bertamadun.

Cite

CITATION STYLE

APA

bin Mohamad Hanafiah, M. N. A.-H., & bin Che Yaacob, M. F. (2021). Nilai-Nilai Kemanusiaan dalam Cerita Lisan: Satu Penelitian Takmilah. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 11–25. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.1.2.2021

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free