Pembangunan Jati Diri Insan Menurut Perspektif Hadis

  • Majid M
  • Usman A
  • Azizan N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pembangunan diri insan menurut Islam adalah bersifat multi-dimensi yang meliputi aspek fizikal, kerohanian dan moral. Penilaian pembangunan adalah berpusat kepada konsep tauhid iaitu Allah SWT sebagai pemilik mutlak dan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab membangunkan alam semesta berlandaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Rasulullah SAW telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia dan baginda adalah contoh teladan yang terbaik bagi setiap Muslim. Artikel ini membincangkan mengenai pembangunan jati diri manusia menurut perspektif hadis. Dapatan dikemukakan menerusi kaedah analisis kandungan. Berasaskan panduan Rasulullah SAW yang dikemukakan melalui hadis, pembangunan jati diri insan muslim yang baik dan berkualiti dapat dibentuk, dibangun serta dididik menerusi pembangunan aspek spiritual dan fizikal manusia. Panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dalam membangun jati diri insan agar dapat berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Majid, M. A., Usman, A. H., Azizan, N. I., Mohd Haridi, N. H., Mohamad, N., Ismail, Z., & Abdul Rahman, A. H. (2023). Pembangunan Jati Diri Insan Menurut Perspektif Hadis. HADIS, 13(26), 38–50. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i26.230

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free