Abstract
Pembelajaran dalam talian merupakan norma baharu yang terpaksa diamalkan secara mendadak akibat pandemik Covid-19. Pandemik telah mencetuskan kesan kepada sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti dan politeknik. Hal ini, memberi impak yang besar terhadap psikologi para pelajar terutamanya dalam pengajian mereka sepanjang tempoh pandemik ini di mana mereka perlu menyesuaikan diri dengan corak pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berbanding corak konvensional sedia ada. Komunikasi dalam talian amat penting bagi para pelajar untuk meneruskan penglibatan dalam kelas, bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan pensyarah tetapi juga untuk berkomunikasi sesama pelajar. Soal selidik dalam talian telah dibentuk bagi menilai cadangan pembangunan interaktif multimedia ‘e-LABS’ sebagai One Stop Portal Makmal Kejuruteraan Pengangkutan. Kajian ini telah dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Form yang melibatkan seramai 151 orang pelajar iaitu 98 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan 53 pelajar Politeknik Ungku Omar. Data yang diperolehi dari soal selidik ini telah dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Melalui dapatan deskriptif yang dijalankan didapati bahawa seramai 68% responden menyatakan bahawa pembelajaran secara dalam talian (e-learning) adalah berguna untuk pembelajaran mereka. Analisis juga menyokong idea pembangunan interaktif multimedia ‘e-LABS’ dengan skor min 4.10. Hasil kajian juga menunjukkan Multimedia Interaktif 'e-LABS' merupakan satu platform yang menggabungkan pelbagai media seperti visual, audio dan teks bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di makmal pengangkutan dengan skor min tertinggi kedua iaitu 4.07. Oleh itu, kajian ini dapat dijadikan satu platform dan sumber rujukan baharu terhadap institusi pendidikan di negara ini khususnya kepada bidang makmal kejuruteraan pengangkutan bagi memastikan sistem pembelajaran secara dalam talian dapat dilaksanakan dengan mantap.
Cite
CITATION STYLE
Abdullah, A. S., Rosli, S., Mohd Noor, A., Mat Yazid, M. R., Md Yusoff, N. I., Borhan, M. N., & Ishak, A. (2021). Interaktif multimedia “e-LABS” untuk makmal Kejuruteraan. Journal of ICT in Education, 8(4), 13–21. https://doi.org/10.37134/jictie.vol8.sp.2.2.2021
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.