PENGARUH KETERIKATAN KERJA SEBAGAI PERANTARA TERHADAP HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN SPIRITUAL DAN KOMITMEN AFEKTIF: PERBANDINGAN ANTARA PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM

  • Baker R
  • Sallehudin H
  • Ridzuan A
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
14Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan secara langsung antara kecerdasan spiritual dengan keterikatan kerja dan hubungan keterikatan kerja dengan komitmen afektif dalam perspektif Islam dan Barat. Kajian ini juga bertujuan mengkaji peranan keterikatan kerja sebagai perantara terhadap hubungan antara kecerdasan spiritual dengan komitmen afektif. Kajian melibatkan seramai 372 pegawai polis di lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah melibatkan pengedaran soal selidik kepada responden. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan analisis PLS-SEM. Hasil analisis mendapati: (1) tiga dimensi kecerdasan spiritual iaitu kemampuan berfikir secara kritis (CET), kemampuan mencipta makna (PMP) dan kesedaran transcendental (TA) mempunyai hubungan signifikan positif dengan keterikatan kerja; (2) satu dimensi kecerdasan spiritual iaitu kesedaran perkembangan aspek spiritual (CSE) tidak mempunyai hubungan signifikan dengan keterikatan kerja; (3) keterikatan kerja mempunyai hubungan signifikan positif dengan komitmen afektif; (4) keterikatan kerja mempunyai kesan perantara terhadap hubungan antara ketiga-tiga dimensi kecerdasan spiritual (CET, PMP dan TA) dengan komitmen afektif; (5) keterikatan kerja tidak mempunyai kesan perantara terhadap hubungan antara dimensi kecerdasan spiritual iaitu CSE dengan komitmen afektif. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa keterikatan kerja dapat berperanan sebagai perantara antara hubungan sebahagian besar dimensi kecerdasan spiritual dengan komitmen afektif. Penemuan ini juga menandakan bahawa kepentingan elemen kecerdasan spiritual dalam mempengaruhi kesetiaan dan komitmen pegawai polis.

Cite

CITATION STYLE

APA

Baker, R., Sallehudin, H., Ridzuan, A. A., Mohamad, M. H., Ab Ghani, S., Ismail, A. S., & Mohd Saudi, N. S. (2020). PENGARUH KETERIKATAN KERJA SEBAGAI PERANTARA TERHADAP HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN SPIRITUAL DAN KOMITMEN AFEKTIF: PERBANDINGAN ANTARA PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM. Journal of Defence Management, Social Science & Humanities, 3(2). https://doi.org/10.58247/jdmssh-2020-0302-08

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free