Kaedah menjayakan pelaksanaan dinar emas sebagai instrumen wakaf

  • HAMID C
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Keghairahan memartabatkan dinar emas di mata masyarakat pernah meletus sekitar 1998-2002 dan beberapa tahun selepasnya. Namun, kini semangat itu kelihatan kian pudar terhadap isu memartabatkan dinar emas tersebut. Maka dengan sebab itu, kajian ini melihat bahawa fenomena sebegitu rupa sepatutnya masih segar dibincangkan agar segala perancangan, strategi, cadangan pelaksanaan hasil cetusan-cetusan idea golongan ilmuan khususnya di Malaysia terus diterokai tanpa rasa jemu. Dalam skop yang lebih berfokus kepada amalan wakaf tunai, kajian ini bermatlamat untuk mencadangkan agar penggunaan dinar emas sebagai instrumen wakaf diberi suntikan baharu sebagai salah satu medium berwakaf. Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat ingin mencapai dua objektif. Pertama, mengenal pasti kaedahkaedah yang bertepatan untuk memastikan matlamat menjadikan dinar emas sebagai tercapai. Kedua, merumus kaedah memastikan kekekalan nilai ain agar lebih terjamin. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Manakala, pengutipan data didapati hasil temu bual pakar yang dipilih. Seterusnya, data dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasilnya, kajian ini mencadangkan empat kaedah. Pertama, Kaedah Mendesak dan Mempengaruhi Pihak Kerajaan. Kedua, Kaedah Kerjasama R & D Group Research dengan Pihak Parlimen. Ketiga, Kaedah Matlamat dan Pilihan Sistem Wakaf. Keempat, Kaedah Gabungan Bidang Profesional dan Bidang Agama. Kemudian, satu kaedah yang telah dikenal pasti agar turut diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas institusi wakaf iaitu Kaedah dan Cadangan Menstabilkan Dana Terkumpul. Kesannya, kaedah-kaedah yang dicadangkan memberi satu suntikan idea yang unik kepada institusi wakaf terhadap kekekalan harta wakaf bagi memastikan amalan tersebut lebih terpelihara.

Cite

CITATION STYLE

APA

HAMID, C. K., & MAT HASSAN, S. H. (2020). Kaedah menjayakan pelaksanaan dinar emas sebagai instrumen wakaf. BORNEO AKADEMIKA, 4(2), 41–51. https://doi.org/10.24191/ba/v4i2/35344

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free