Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan amalan Interest Based Bargaining (IBB) sebagai strategi perundingan yang menjadi alternatif kepada perundingan distributif. IBB wajar diketengahkan agar kesatuan sekerja dan majikan mengubah persepsi mereka, daripada berunding berdasarkan konflik berkepentingan kepada perundingan yang bersifat bekerjasama. Berdasarkan kajian yang melibatkan 164 orang pemimpin kesatuan sekerja di Sabah, dua pemboleh ubah peramal IBB diketengahkan, iaitu sikap kolektivisme dan persepsi terhadap hubungan kesatuan sekerja dan majikan. Hasil analisis kajian ini mendapati sikap kolektivisme adalah peramal yang signifikan kepada IBB dan persepsi terhadap hubungan kesatuan sekerja dan majikan bersifat sebaliknya. Sungguhpun begitu, kajian ini dapat memberi implikasi kepada aspek teoretikal dengan penemuan kerangka konseptual IBB dan menampung kekurangan kajian perundingan kolektif di Malaysia.
CITATION STYLE
Kee Mohd Yussof, K. Y. S., & Johari, H. (2016). Persepsi Terhadap Hubungan Kesatuan Sekerja Dan Majikan Serta Sikap Kolektivisme: Peramal Kepada Interest Based Bargaining (IBB) Dalam Kesatuan Sekerja Di Sabah. Jurnal Kinabalu. https://doi.org/10.51200/ejk.v18i0.500
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.