Hubungan Antara Peranan Pemimpin Pembelajaran Profesional dan Model Pembelajaran Profesional dengan Amalan Guru Sekolah Menengah Harian di Malaysia

  • Mansor M
  • Mat Norwani N
N/ACitations
Citations of this article
45Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mencadangkan satu model persamaan struktural bagi mengenal pasti hubungan antara peranan pemimpin pembelajaran profesional dan model pembelajaran profesional dengan amalan guru. Selain itu, kesan langsung dan kesan tidak langsung dalam kalangan pemboleh ubah-pemboleh ubah juga turut ditunjukkan.Kajian empirikal ini telah dijalankan di empat puluh satu buah sekolah menengah harian di Malaysia. Data diperoleh menerusi soal selidik terhadap 372 orang guru yang dipilih melalui pensampelan kelompok pelbagai peringkat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perhubungan berstruktur yang signifikan antara peranan pemimpin pembelajaran profesional, dan model pembelajaran profesionaldan amalan guru. Ujian Goodness-of-fit (GOF) χ² model persamaan struktural (SEM) untuk mengukur kesepadanan model dengan sampel yang dipilih pula adalah signifikan. Oleh itu, model persamaan struktural ini diharap dapat memberi informasi yang berguna kepada pemimpin pendidikan untuk meningkatkan pembelajaran profesional berasaskan sekolah menerusi peranan-peranan yang dimainkan oleh pemimpin sekolah, model-model pembelajaran yang digunakan serta amalan guru yang sesuai.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mansor, M., & Mat Norwani, N. (2017). Hubungan Antara Peranan Pemimpin Pembelajaran Profesional dan Model Pembelajaran Profesional dengan Amalan Guru Sekolah Menengah Harian di Malaysia. Management Research Journal, 6, 86–98. https://doi.org/10.37134/mrj.vol6.8.2017

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free