Apabila teknologi menjadi penting dalam kehidupan masyarakat, terdapat gesaan untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam pendidikan. Justeru kajian ini bertujuan untuk melihat elemen-elemen yang diperlukan dalam mengintegrasikan teknologi sebagai wadah dalam pembelajaran berasaskan pemikiran reka bentuk. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kuantitatif dengan teknik Fuzzy Delphi. Pendekatan yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah menggunakan instrumen soal selidik. Bilangan pakar yang terlibat adalah seramai 18 orang dalam bidang pendidikan, teknologi pendidikan dan pemikiran reka bentuk. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kelapan-lapan elemen diterima oleh pakar dengan peratus konsensus melebihi 75% dengan nilai ambang (d) ≤ 0.2. Ini menunjukkan bahawa kelapan-lapan elemen ini diperlukan dalam mengintegrasikan teknologi sebagai wadah dalam pembelajaran berasaskan pemikiran reka bentuk. Kata
CITATION STYLE
Mat Noh, N. … Husin, Z. (2019). Aplikasi Teknik Fuzzy Delphi Terhadap Keperluan Elemen Teknologi Sebagai Wadah dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran Reka Bentuk. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 34, 129–151. https://doi.org/10.21315/apjee2019.34.7
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.