ELEMEN BAHASA, BUDAYA DAN PERSEKITARAN DALAM EKOLINGUISTIK

  • Jalaluddin N
N/ACitations
Citations of this article
20Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Perubahan persekitaran global telah banyak memberi impak pada bahasa dan budaya. Perubahan bukan terhad kepada iklim sahaja, malah turut mempengaruhi ekologi hunian bumi ini. Menariknya, perubahan ini turut mempengaruhi perubahan sosio-budaya penutur, pola bahasa dan cara berfikir.   Kajian ini bertujuan memahami bagaimana fenomena perubahan global yang serius ini turut mempengaruhi penggunaan bahasa dan mewarnai pemikiran penutur sebelum dan selepas kesan penglobalan dari perspektif ekolinguistik. Ekolinguistik masih kurang ditekuni dan mempunyai banyak ruang untuk diselidiki. Kajian bersifat multidisiplin ini boleh menjadi pemangkin kepada kajian tentang isu kemanusiaan melalui elemen tiga serangkai, iaitu bahasa, budaya dan persekitaran. Data dihimpun dari akhbar, laman sesawang dan data dialek yang terkumpul dalam penyelidikan lepas. Hasil kajian mendapati penamaan sesuatu tempat atau kampung dahulu sangat berkait rapat dengan topografi. Ada perbezaan di anatara kawasan darat dan laut dan ini boleh dikenali dari penamaan pertempatan seperti Gong, Alor, Tanjung, Sungai, Permatang, dan banyak lagi. Selanjutnya, penggunaan dialek yang berbeza dalam satu kawasan yang berbeza turut memberi sumbangan pada dunia leksikografi. Akhirnya, konflik kesan banjir yang melibatkan alam sekitar dapat dianalisis dari segi semantik dan memperlihatkan dua aliran pemikiran, iaitu, rakyat dan pemerintah. Kajian ini memberi impak pada cara kita mencungkil masalah alam sekitar yang sekali gus memaparkan pola bahasa serta pemikiran masyarakat secara tersurat dan tersirat.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jalaluddin, N. H. (2023). ELEMEN BAHASA, BUDAYA DAN PERSEKITARAN DALAM EKOLINGUISTIK. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 1–21. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.1

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free