Gold is a precious metal that symbolizes wealth. Gold has been used for various purposes such as money for trade and jewellery for women. More recently, gold has been used as an investment tool through the purchase of gold bar, gold coins and gold-back savings accounts. Ownership of gold after fulfilling certain term and conditions entails a Muslim to pay for zakat as prescribed by Islamic law. Therefore, this article aims to look at the concept of zakat on gold in the lights of discussion of classical fiqh and to adapt to the current development of the use of gold in society. Next we look at the practice and implementation of gold zakat in zakat institutions in Malaysia. This qualitative study was conducted using data collection and data analysis methods. The method of data collection is done through library research. The data obtained were analysed based on inductive, deductive and comparative methods to obtain study results. The results of this study show that the implementation of zakat gold has been implemented by the zakat institutions in Malaysia which include jewellery zakat, saved zakat and investment zakat. This shows that the zakat institutions are always proactive in implementing the zakat gold and are constantly conducting research. Abstrak Emas merupakan sejenis logam bernilai yang menjadi simbol kekayaan harta. Emas telah digunakan untuk pelbagai tujuan seperti dijadikan wang untuk urusan jual beli dan dijadikan perhiasan untuk golongan wanita. Mutakhir, emas telah dijadikan alat pelaburan melalui pemilikan jongkong, syiling dan akaun untuk tujuan mendapatkan keuntungan. Pemilikan terhadap emas mewajibkan masyarakat Islam mengeluarkan zakat sebagaimana yang telah digariskan oleh syarak. Oleh itu, artikel ini bertujuan melihat konsep zakat emas dalam perbincangan fiqh klasik serta menyesuaikan dengan perkembangan semasa penggunaan emas dalam masyarakat kini. Seterusnya melihat amalan dan pelaksanaan zakat emas di institusi- institusi zakat di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Metode pengumpulan data dilakukan melalui penyelidikan perpustakaan. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan metode induktif, deduktif dan komparatif untuk mendapatkan hasil kajian. Hasil kajian ini menunjukkan pelaksanaan zakat emas telah dilaksanakan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia yang meliputi zakat emas perhiasan, zakat emas yang disimpan dan zakat emas pelaburan. Ini menunjukkan institusi-institusi zakat sentiasa proaktif dalam melaksanakan zakat emas dan sentiasa membuat kajian secara berterusan.
CITATION STYLE
Bhari, A., Mohamed Yusof, M. F., Khalid, M. M., Yaakob, M. A. Z., & Abdul Razak, M. S. (2019). Aplikasi Fiqh Zakat Emas di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 265–282. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.286
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.