Mengenal pasti Faktor Personaliti ‘Big Five’ Terhadap Prestasi Pembelajaran: Satu Kajian Sistematik

  • Zali Z
  • Surat S
N/ACitations
Citations of this article
59Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tret personaliti ‘big five’ diterima pakai dalam semua kajian personaliti yang terlibat dalam kajian psikologi sosial dan telah menghasilkan banyak artikel yang meliputi aspek psikologi, sains pendidikan, teknologi dan pelbagai aspek yang lain. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melakukan tinjauan secara sistematik terhadap perhubungan antara tret personaliti ‘big five’ dan pencapaian akademik pelajar. Selain daripada itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti yang paling dominan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Melalui enjin carian pangkalan data Science Direct, dua puluh artikel kajian yang menepati kriteria pemilihan telah dipilih. Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa tret kehematan merupakan tret personaliti yang paling mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Manakala tret neurotisme merupakan tret personaliti yang paling tidak memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zali, Z., & Surat, S. B. (2022). Mengenal pasti Faktor Personaliti ‘Big Five’ Terhadap Prestasi Pembelajaran: Satu Kajian Sistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), e001271. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1271

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free