Abstract
Semua guru mendepani pelaksanaan pengajaran norma baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Pandemik COVID-19. Perubahan corak pengajaran pendidikan konvensional memerlukan guru Bahasa Melayu memilih dan menguasai kaedah pengajaran dalam talian dengan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau Penglibatan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu dalam talian daripada persepsi guru Bahasa Melayu. Kajian secara kualitatif ini melibatkan tiga orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di tiga buah sekolah kebangsaan di zon Keramat, Kuala Lumpur. Data temu bual dianalisis secara bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang pelbagai ini telah mempengaruhi penglibatan murid- murid yang amat memberangsangkan dari segi kadar kehadiran murid, penghantaran tugasan, motivasi murid dan tingkah laku murid secara menyeluruh. Murid-murid menjadi aktif belajar Bahasa Melayu secara dalam talian yang diukur daripada kadar kehadiran yang ramai, peratusan hantaran tugasan yang tinggi, motivasi dan tingkah laku yang positif sepanjang mengikuti sesi PdP Bahasa Melayu secara dalam talian. Implikasi kajian ini ialah guru-guru perlu mempelbagaikan kaedah PdP dalam talian supaya penglibatan murid adalah tinggi dan positif.
Cite
CITATION STYLE
Sapian, N. A., Mahamod, Z., & Mahad, I. (2021). Penglibatan Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Di Kawasan Bandar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Daripada Persepsi Guru Bahasa Melayu. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2), 80–97. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.7.2021
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.