Penguasaan Konsep Teras Pemikiran Sejarah Melalui Teknik Peer Instruction dan Koleksi Sumber Sejarah

  • Kaviza M
N/ACitations
Citations of this article
9Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian secara eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji sama ada terdapat peningkatan min penguasaan konsep teras pemikiran sejarah bagi murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran sejarah melalui teknik Peer Instruction dan koleksi sumber sejarah. Seramai 25 orang murid Tingkatan Empat terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan ujian penguasaan yang telah disahkan oleh panel penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel berpasangan dan ujian-t sampel tak bersandar. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan min penguasaan konsep teras pemikiran sejarah dari segi konsep masa, konsep kepentingan, konsep sebab, konsep perubahan dan konsep perspektif yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca, di samping tidak terdapat perbezaan min penguasaan konsep teras pemikiran sejarah berdasarkan jantina. Implikasi kajian ini mencadangkan kepada pihak guru untuk melaksanakan kaedah pengajaran yang inovatif melalui teknik Peer Instruction dan koleksi sumber sejarah dan bagi membentuk proses pembelajaran yang bermakna.

Cite

CITATION STYLE

APA

Kaviza, M. (2020). Penguasaan Konsep Teras Pemikiran Sejarah Melalui Teknik Peer Instruction dan Koleksi Sumber Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(3), 87–96. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i3.414

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free